saya ada tanam rumput, dan nampaknya is agak subur dan cantik.
jadi nak kongsi dengan kawan2 tentang teknik penjagaan rumput yang saya buat.
Masa tanam, beli rumput dan tanah dari bangla dan upah bangla ratakan tanah dan tanam. saya pakai rumput mutiara (pearl grass)
bangla yang tanam tu saya tak ingat nama dia. RM 1400 untuk lebih kurang 800kaki persegi (kalau tak silap)
saya cadangkan tanam rumput lepas korang dah pindah masuk, sebab senang korang nak maintain dan monitor.
sebelum tanam1. tanah kena korek dalam 3 inci ke 4 inci, dan buang batu-batu yang tidak berkenaan.
2. tambak dengan tanah baru (pastikan tanah ni tiada batu dan tanah tidak berbongkah besar)
3. mampatkan sedikit tanah itu dan ratakan pakai kaki atau kayu...
4. tabur sedikit pasir diatasnya dalam 1-2 inci.
5. ratakan dengan papan/kayu macam orang ratakan simen. pastikan dia buat tu betul2 rata.
6. pastikan tanah diletak tinggi sedikit dari tahap yang korang nak, sebab dia akan mendap sikit lepas beberapa minggu.
masa tanam1. tanam rapat-rapat. ada yang suka ceraikan rumput untuk jimat . tapi kena la tunggu lama sikit sebelum dapat cover semua tanah. lagipun, tempat kosong tu akan mudah dihijack oleh rumput liar lain.
2. saya nak tanam pokok hiasan kat tepi pagar, jadi saya kosongkan 1 kaki dari pagar (dah 6 bulan tak tanam pun lagi pokok hiasan tu)
3. kasi orang yang tanam rumput tu teh-ais/air-oren/biskut/roti/kek coklat/etc.. letih beb kerja-kerja ni.. (kalau orang dah pindah duk kat situ la)
4. pantau kerja2 diorang tuh..
lepas tanam1. siraman
- dua kali sehari (pagi dan petang tanpa gagal) guna air yang banyak selama 3 minggu
- sambung siram sehari sekali selama 2-3 bulan.
- lepas tu siram bila tak hujan 2-3 hari.
2. lepas 3-4 hari tanam, boleh ratakan rumput.
-ambik plywood 4x2 kaki letak atas rumput tu dan pijak2 (lompat2) sampai dia tenggelam sedikit dan nampak rata.
- ulang sampai semua rumput dah cover. aktiviti ini boleh mengihatkan dan dibuat dgn anak2/isteri
- pastikan kita pijak sekata disemua tempat di plywood tu.
- ia juga untuk merapatkan tanah dan mengemaskan akar rumput dengan tanah.
- ini tambahan kepada kerja2 mampat tanah yang bangla tu akan buat
(diaorang buat tu tak rata sgt).
- ulang lepas 3-4 minggu tanam.
- rumput yang rata akan menyebabkan dia dapat air yang sama banyak. kalau ada rumput yang berbusut sikit, dia akan dapat kurang air, dan akan kemerah-merahan serta lambat membesar.
3. lepas 1 minggu tanam kena buat pengudaraan.
- gunakan pencakar yang macam garfu besar tu, dan cucuk ke rumput dalam jarak 4-6 inci setiap cucukan (1 cucuk ada 3 lubang)
- kedalaman mencucuk sampai 3-6 inci.
- ni agak menggunakan tenaga, saya ambik masa dua hari nak siap.
- banyakkan lubang kat tempat2 yang tinggi, dan kemungkinan air boleh meleleh keluar dgn senang.
3. 2 hari lepas tu, baja pakai baja kimia (baja rumput)
4. lepas 2-3 minggu (dari tarikh tanam) - baja biasa.
- campak baja taik ayam kepada rumput anda. saya punya sukatan, satu gayung tu dalam 10x40kaki.
- ulang lepas 2 bulan.
- cuma masalahnye, lepas tu 1-2 hari halaman rumah tu akan ada bau sikit..
5. cabut dan buang rumput/pokok lain yang tidak berkenaan.
6. lebihkan siram kat tempat yang nampak kering.
Lastly, jangan pijak rumput selama 2 bulan, nanti dia akan nampak lubang tempat kita pijak (terutama orang yang XXL macam aku). kalu perlu pergi ke mana2 tempat kat rumput tu, kena lapik dgn plywood 4x2kaki tu.
harap2 dapat menolong..
.