azman_sa Penduduk Baru


Number of posts: 38
 | Subject: SISIPAN EMAIL - UPDATE 12th November 2009, 4:39 pm | |
| Sesiapa yang suka makan Kang Kung ....pastikan dan baca berita ini Berita dari Doctor... ADAKAH ANDA PENGGEMAR KANGKUNG? Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda when you want to eat kangkung.
Saya mendapat cerita ini dari seorang teman. Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doctor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea. Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarrhea nya tidak sembuh.
Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.
Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil. Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.
Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap.
Lintah hanya akan mati jika dibakar. Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersihkan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu. Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip di dalamnya. Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung. Best Regards, Dr. Nor ni Abdullah Psychiatrist, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, 42500 Klang, Selangor. Tel : +60333756279 Fax : +60333729089 |
|
azman_sa Penduduk Baru


Number of posts: 38
 | Subject: kisah 3 ekor pontianak 12th November 2009, 4:52 pm | |
| Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan. Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?" Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!! " Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah. "Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss! !!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah". Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak.. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya... Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok idong dan mulutnya penuh darah........... pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?" ."Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu... "Err aku tadi tak nampak". |
|
azman_sa Penduduk Baru


Number of posts: 38
 | Subject: Oleh: Yang Berbahagia Ustaz Mat Esa Bin Deraman 12th February 2010, 4:32 pm | |
| CINTAILAH ISTERI Mencintai isteri adalah sunnah Rasulullah s.a.w. yang wajar diikuti oleh semua para suami yang beriman. Isteri adalah anugerah yang istimewa daripada Allah kepada seorang suami untuk dipelihara dengan baik sebagaimana sang suami memelihara dirinya sendiri.
Firman Allah yang bermaksud: “Isteri-isteri kamu adalah pakaian kamu, dan kamu pula adalah pakaian mereka”. Pakaian merujuk kepada maruah dan perlindungan. Ianya juga bersifat kebanggaan dan kemegahan. Pakaian juga memperlihatkan kecantikan dan kemuliaan. Bukan sahaja isteri merupakan pakaian ianya juga diibaratkan oleh Allah di dalam Al-Quran sebagai ladang yang akan tumbuh padanya segala tanaman-tanaman mengikut benih yang ditaburkan. Sekiranya baik benih yang ditaburkan maka baiklah hasilnya.
Rasulullah s.a.w. adalah contoh yang terbaik untuk menunjukkan rasa sayang kepada isteri yang berkongsi kehidupan dengan kita. Nabi s.a.w. ada menyebut bahawa orang yang paling terbaik dikalangan kamu ialah orang yang baik tingkahlakunya bersama isterinya. Antara perkara yang paling mudah untuk dilakukan oleh suami ialah dengan memanggil isteri dengan nama yang paling baik dan menghadiahkan senyuman setiap kali menatap wajah isteri yang tercinta. Menyedihkan kadangkala kita lebih bahagia senyum kepada perempuan lain daripada isteri sendiri. Maka mudahlah rumah tangga itu bergoyang.
Fikirkanlah! |
|